Produk K-Ayurveda

Views
K-Ayurveda AyuArtis
Untuk tidakkeselesaan reumatik 

Menurut prinsip Ayurvedik, faktor penyebab adalah disebabkan kegagalan fungsi badan membuang atau mengeluarkan hasil pembuangan asidik dari metabolisme badan. Apabila hasil buangan berkenaan meresap dalam sistem rangka khususnya dalam gentian otot, ini boleh menyebabkan pelbagai jenis ketidakselesaan reumatik.
Kelebihan herba AyuArtis:
  • Membantu melegakan ketidakselesaan sendi
  • Membantu pergerakan sendi
  • Membantu mengurangkan ketegangan dan meningkatkan fungsi keupayaan
Nasihat pemakanan: Untuk mendapat manfaat sepenuhnya, elak dari memakan makanan masam, bertapai dan makanan yang disimpan dalam peti sejuk. Harus melindungi badan daripada angin sejuk dan juga daripada udara alat berhawa dingin.

K-Ayurveda AyuAsmo
Untuk melegakan pernafasan dan batuk.
Masalah saluran pernafasan adalah disebabkan oleh kepayahan bernafas yang membawa kepada pengoksigenan karbon dioksida yang dibebaskan pada tahap yang tidak mencukupi bagi badan untuk berfungsi. Jika teruk, ia boleh memudaratkan fungsi organ-organ penting dalam badan kita.
Kelebihan herba AyuAsmo:
  • Membantu melegakan batuk sederhana
  • Memudahkan pengkahakan
  • Melegakan pernafasan
  • Membantu mengembalikan pernafasan normal
  • Membantu melegakan sakit tekak
Nasihat pemakanan : Elakkan makanan dan minuman yang disimpan dalam peti sejuk, makanan berminyak, berlemak serta pedas, alkohol dan merokok. Juga elak daripada terkena angin sejuk dan persekitaran yang tercemar.

K-Ayurveda AyuBes
Untuk merawat tahap gula darah yang tinggi.
Keadaan tahap gula darah yang tinggi adalah disebabkan penghasilan insulin yang kurang ataupun keupayaan untuk menggunakan insulin yang berkurangan. Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi keperluan sel-sel supaya dapat menguraikan kandungan gula dalam darah. Apabila kita mendapat tahap gula darah yang tinggi, air kencing kita menjadi manis dan tahap gula dalam darah kita melebihi had biasa. Ini terjadi akibat daripada pengambilan gula yang berlebihan, pemakanan berkalori tinggi dan gaya hidup yang sedentari.
Kelebihan herba AyuBes:
  • Membantu mengurangkan tahap gula dalam darah
  • Membantu membetulkan sistem penghadaman
  • Membantu meningkatkan stamina dan tenaga
Nasihat pemakanan: Elakkan pemakanan berkalori tinggi atau pemakanan yang kaya dengan karbohidrat dan alkohol. Dinasihatkan supaya membuat senaman berjalan. AyuLite membantu sebagai terapi bahan pembantu bersama AyuBes.

K-Ayurveda AyuDerme
Untuk merawat masalah kulit.
Disebabkan pelbagai kejadian, darah kita dipenuhi dengan toksin. Toksin berlebihan boleh mengakibatkan kelenjar peluh sukar untuk berfungsi dengan normal. Ini boleh mendatangkan radang kulit seperti kulit sering menjadi kemerah-merahan, rasa gatal, kulit bersisik, dan kering serta tebal akibat daripada liang kulit yang tersumbat.
Kelebihan herba AyuDerme:
  • Membantu masalah alahan kulit
  • Membersih dan menyahtoksin tubuh
  • Bertindak sebagai bahan anti-septik, anti-radang dan pengecutan tisu,
  • Membantu melegakan rasa gatal dan bisul
Nasihat pemakanan: Elakkan makanan laut, makanan yang masam dan pedas serta minuman alkohol. Dinasihatkan supaya meminum air secukupnya.

K-Ayurveda AyuLite
Tonik untuk hati.
Hati adalah seperti pintu masuk atau penapis di antara semua sel-sel dalam tubuh dan semua jenis toksin didalam dan diluar badan. Faktor-faktor seperti alkohol, tembakau, racun perosak, pencemaran dan stres boleh meningkatkan beban hati dan menghalang penyerapan, lalu menyebabkan penyakit hati.
Bagi terapi untuk meningkatkan fungsi hati, herba memainkan peranan yang ketara. Dari sinilah terapi herba semula jadi memainkan peranan penting.
Kelebihan herba AyuLite:
  • Meningkatkan fungsi hati
  • Membersih dan menyahtoksin tubuh
  • Membantu menguatkan fungsi hati untuk penyerapan yang lebih baik
  • Merangsangkan selera makan
Nasihat pemakanan: Untuk mendapat manfaat sepenuhnya, elakkan makanan goreng, pedas, berlemak dan minuman alkohol. Dinasihatkan supaya memakan buah-buahan seperti nenas, limau barli, sayuran daun saderi dan buah oren.

K-Ayurveda AyurHoids
Untuk merawat ketidakselesaan dubur.
Buasir adalah keadaan di mana bengkak yang bermacam-macam saiz, bentuk dan warna (disebabkan oleh bengkak pada urat) terhasil pada atau dalam dubur. Buasir boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu buasir yang tidak berdarah dan buasir yang berdarah cerah bersama atau tanpa najis. Laluan gas terhalang, rasa tidak selesa, rasa pedih semasa membuang air besar, selera makan berkurangan dan sembelit merupakan tanda-tanda biasa buasir.
Kelebihan berba AyuRhoids:
  • Membantu melegakan sakit buasir
  • Membantu melegakan pendarahan
  • Membantu melegakan rasa gatal, rasa pedih dan rasa tidak selesa
  • Membantu mengecutkan tisu yang bengkak
  • Memberi rasa dingin
  • Membantu masalah penghadaman
  • Membantu mengurangkan pelepasan gas
  • Membantu melegakan sembelit
Nasihat pemakanan: Elakkan daripada makanan pedas dan minuman alkohol. Dinasihatkan supaya meminum air yang secukupnya dan mengambil makanan berserat tinggi.

K-Ayurveda AyuRin
Untuk merawat masalah saluran kencing.
Fungsi utama saluran kencing adalah untuk menyingkirkan air dan hasil buangan dan mengeluarkannya sebagai air kencing. Masalah saluran kencing boleh berlaku apabila berlakunya kecederaan, jangkitan atau penyakit pada mana-mana organ saluran kencing seperti buah pinggang, pundi kencing dan uretra. Ini boleh menjejaskan fungsi organ-organ tersebut dan seterusnya menganggu proses bio-kimia dalam saluran darah.
Kelebihan herba AyuRin:
  • Membantu meningkatkan aktiviti diuretik
  • Bertindak sebagai agen anti-septik dan anti-radang
  • Mempercepatkan pengaliran air kencing dan proses pencernaan
Nasihat pemakanan: Elakkan daripada meminum air yang boleh menganggu fungsi pundi kencing seperti alkohol, jus sitrus dan kafeina. Juga elakkan daripada memakan makanan berkalori tinggi serta makanan goreng, berlemak dan pedas. Membuang air kencing dengan segera selepas persetubuhan boleh membantu menyingkirkan bakteria yang dlepaskan semasa persetubuhan.

K-Ayurveda AyuLax
Untuk melegakan masalah sembelit.
Sistem ayurvedik memainkan peranan penting dalam membantu menghalang masalah usus dari masa ke masa. Sakit sembelit terjadi apabila najis adalah keras atau susah hendak membuang air besar.
Kelebihan herba AyuLax:
  • Melegakan sakit sembelit
  • Membantu peristalsis
  • Melegakan perut kembung dan kolik
  • Membantu sistem penghadaman
  • Melegakan daripada angin
Nasihat Pemakanan: Lebihkan minum air serta makan sayur-sayuran, salad, buah-buahan, bili-bijian dan bijiran.

K-Ayurveda AyuVigo
Tonik untuk lelaki.
AyuVigo terdiri daripada gabungan herba yang selamat dan efektif bagi lelaki untuk meningkatkan aktiviti metabolisme am, menggalakkan tidur normal, melegakan simptom-simptom berbeza berkaitan dengan penuaan serta menggalakkan kekuatan tenaga dan kesihatan am.
Kelebihan herba AyuVigo:
  • Menggalakkan kekuatan dan kecergasan
  • Membantu kelemahan am
  • Membantu melegakan kelesuan, melambatkan penuaan dan melegakan masalah berkaitan stres
  • Meningkatkan daya ketahanan daripada jangkitan

K-Ayurveda AyuVita
Tonik untuk wanita.
Kelebihan herba AyuVita:
  • Menggalakkan kekuatan dan kecergasan
  • Membantu melambatkan proses penuaan
  • Membantu menguatkan kesihatan am badan
  • Membantu melegakan kelesuan, melambatkan penuaan dan melegakan masalah berkaitan stres
  • Meningkatkan daya ketahanan daripada jangkitan
  • Membantu melegakan sakit genito-urinari, pendarahan dan leukorea

K-Ayurveda AyuRol
Kolesterol merupakan sejenis bahan lemak yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia membantu mencernakan lemak, menguatkan membran sel dan menghasilkan hormon. Walaupun kolesterol memiliki fungsi yang penting dalam badan, terlalu banyak kolesterol dalam darah amat membahayakan. Apabila kolesterol darah mencapai tahap yang tinggi, ia terbentuk pada dinding arteri serta meningkatkan risiko pembekuan darah, serangan jantung dan strok. 80% kolesterol dihasilkan dalam badan, kebanyakannya dalam hati dan sebanyak 20% didapatkan daripada pemakanan.
  • Seimbang untuk memastikan kolesterol yang buruk dipecahkan dan kolesterol yang baik ditingkatkan
  • Tonik dan stimulan hati
  • Mengurangkan kolesterol dan membantu mengawal berat badan
  • Melindungi fungsi jantung
  • Menyokong jantung dan pengedaran darah
  • Membantu sistem pencernaan
  • Membekalkan kesan diuretik
Nasihat Pemakanan : Makanan yang kaya dengan lemak tepu, seperti produk tenusu, mentega, krim, daging merah, kelapa dan minyak sawit, dan sebagainya, pengambilan minuman beralkohol mesti dielakkan sama sekali. Lebihkan senaman demi badan yang sihat dan membantu pembakaran lemak yang berlebihan.

K-Ayurveda AyuCid
Gangguan ini disebabkan oleh penghasilan asid yang berlebihan di dalam perut yang menyebabkan rasa terbakar. Perut menghasilkan sejumlah jus berasid secara semula jadi dan diperlukan dalam proses pencernaan. Salah sejenis ialah asid hidroklorik cair, yang diperlukan untuk memecahkan makanan kompleks iaitu protein dan karbohidrat. Rembesan berlebihan asid hidroklorik menyebabkan keadaan keasidan.
  • Merupakan bahan pendingin dan penyejuk
  • Membantu melegakan ulser
  • Karminatif
  • Stomakik
  • Membantu mengesan dispepsia
Nasihat Pemakanan : Untuk kebaikan maksima, elakkan makanan berlemak, pedas, masam, minuman beralkohol dan merokok. Lebihkan mengambil susu sejuk dan sayuran berdaun hijau.

K-Ayurveda AyuGes
Ketidakcernaan biasanya berlaku apabila gangguan pada saluran gastrousus terjadi yang berkaitan dengan pemakanan, minuman atau merokok. Ketidakcernaan biasanya berkait rapat dengan ketidakselesaan, jikalau keadaan kronik, ia biasanya berlaku selepas setiap kali makan dan kerap mengganggu tidur, ini merupakan petanda bahawa keadaan yang lebih serius akan menjelang. Dalam keadaan sebegini, rawatan sendiri tidak boleh diamalkan lagi.
  • Melegakan kolik dan flatulens
  • Mengandungi kesan antispasmodik
  • Membaiki selera makan dan pencernaan
  • Karminatif ternilai
  • Membantu dalam distensi bergas
Nasihat Pemakanan : Elakkan makanan berlemak, pedas dan minuman sejuk. Jauhi minuman beralkohol sama sekali.

K-Ayurveda AyuKid
Tonik untuk kanak-kanak.
AyuKid merupakan sejenis tonik herba istimewa yang menyihatkan dan menguatkan tubuh kanak-kanak. Tidak sama dengan formula perubatan, yang dirumuskan khas untuk mengendalikan corak penyakit yang spesifik, AyuKid dicadangkan kepada kanak-kanak untuk membantu mengelakkan penyakit dan mengekalkan kesihatan serta kecergasan badan.
AyuKid dirumuskan khas dengan herba yang dikenali dan diperakui dengan ciri-ciri pengembalian keremajaan. Ia membantu melegakan keletihan, mengembalikan tenaga, mempertingkatkan daya ingatan dan gangguan tidur.
Kanak-kanak membesar dan berkembang dengan cepat. Badan mereka memerlukan nutrisi, untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal.
  • Membantu melegakan kepenatan
  • Mengembalikan tenaga
  • Membantu dalam debiliti
  • Mempunyai ciri-ciri antioksida dan pendingin
  • Membantu mempertingkatkan daya ingatan
  • Meningkatkan kebolehan untuk konsentrasi
  • Melegakan sembelit
  • Membantu dalam pencernaan, selsema dan pembentukan gas
Nasihat Pemakanan : Susu dan badam, sayuran hijau dan buah-buahan yang banyak









1 comment: