K-Puyikang
K-Puyikang adalah produk kebersihan wanita unik yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah kewanitaan seperti keputihan (leukorea) dan masalah sepertinya, lelehan dan bau yang kurang menyenangkan, jangkitan bakteria dan virus, pembengkakkan serta lain-lain gangguan yang berkenaan dengan leukorea.
K-Puyikang adalah produk kebersihan wanita unik yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah kewanitaan seperti keputihan (leukorea) dan masalah sepertinya, lelehan dan bau yang kurang menyenangkan, jangkitan bakteria dan virus, pembengkakkan serta lain-lain gangguan yang berkenaan dengan leukorea.
K-Puyikang membantu membersihkan lelehan daripada faraj dan bakteria yang menyebabkan bau busuk serta melakukan pembersihan dinding faraj secara melegakan. Ia juga membantu menguatkan otot-otot kewanitaan dengan bertambahnya kekenyalan dan kesempitan sekaligus mengembalikan sensitiviti bahagian sulit wanita. Penggunaan yang kerap dapat membantu mengawal menstruasi dan menyelesaikan pelbagai masalah kewanitaan. K-Puyikang akan memberi anda keyakinan untuk menjadi wanita yang anda impikan!
Slimming Suit
Produk yang unggul ini bukan sahaja dapat membolehkan wanita untuk kelihatan lebih menawan dan yakin terhadap diri sendiri. Dengan menggabungkan unsur-unsur ion negatif, ion kupum, gelombang magnetik dan sinaran inframerah jauh, produk ini membantu dalam mengawal, mengurut dan meningkatkan peredaran darah dalam badan. Di bawah ialah fungsi-fungsi produk Slimming Body Undergarment::
- Ion negatif menggalakkan peredaran darah dan memberi rasa tenang apabila seseorang berasa tegang dan resah.
- Ion kuprum dapat membantu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
- Fiber anti-kuman membantu menghalang pertumbuhan bakteria. Bahannya yang diperbuat daripada elastik yang tinggi membekalkan keselesaan yang baik dan fungsi anti-pergulungan untuk memberikan keyakinan dan membantu anda mendapatkan bentuk badan yang diingini.
- Urutan gelombang magnetik digunakan untuk meningkatkan kadar metabolisme, meningkatkan peredaran darah dan mengawal sistem saraf autonomik bagi bentuk badan yang sihat dan menarik.
- Sinaran inframerah jauh dapat meningkatkan peredaran darah, metabolisme, membakar lemak berlebihan dan kalori-kalori berlebihan, seterusnya membentuk semula potongan badan.
K-Elegance Tudung
Sistem Kesihatan Infra-Merah K- Elegance Tudung menggunakan nanometer, iaitu unit ukuran bersamaan dengan 1/1,000,000,000 dari satu meter. Apabila zarah-zarah tertentu telah mencapai peringkat nanometer, bahan-bahan tersebut dikenali sebagai bahan nanometer.
Bahan nanometer tersebut terdiri daripada zarah-zarah yang terbaik dan memiliki cara penggunaan serta ciri-ciri khas. Apabila dipakai, ia selamat digunakan, boleh dipercayai, selesa dan merupakan pilihan terbaik dalam terapi semulajadi.
Nota: Tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Jangan cuci Sistem Kesihatan Infra-Merah K- Elegance Tudung dalam air yang panas atau mesin mencuci. Hanya rendamkannya di dalam air sejuk dan keringkan di tempat yang dingin. Juga jangan gunakan sebarang bahan pencuci baju berkimia.
K-Sophie Sanitary Pad
PANTILINER |
Pantiliner K-Sophie terdiri daripada 2 lapisan :
- Pelapik Lembut dan Licin
Pelapik lembut dan licin menyerap lembapan dan kapasnya yang lembut serta licin menghapuskan segala ketidakselesaan. - Lapisan Bawah yang Tembus Udara
Lapisan bawah yang tembus udara menghindarkan lembapan untuk kekal kering dan segar.
DAY USE |
Tuala wanita K-Sophie terdiri daripada 3 lapisan :
- Pelapik Lembut dan Licin
Pelapik Lembut dan Licin menyerap lembapan dan kapasnya yang lembut serta licin menghapuskan segala ketidakselesaan. - Isi Serapan yang Hebat
Isian serapan yang hebat diperbuat daripada kertas pulpa yang mengandungi kuasa penyerapan yang hebat untuk menyerap segala jenis lembapan. Ia merupakan satu lapisan yang membolehkan anda kekal kering dan menghalang kebocoran. Ia tidak berubah bentuk, hancur atau bengkok. - Lapisan Bawah yang Tembus Udara
Lapisan bawah yang tembus udara menghindarkan lembapan untuk kekal kering dan segar.
OVERNIGHT |
Tuala wanita K-Sophie terdiri daripada 3 lapisan :
- Pelapik Lembut dan Licin
Pelapik Lembut dan Licin menyerap lembapan dan kapasnya yang lembut serta licin menghapuskan segala ketidakselesaan. - Isi Serapan yang Hebat
Isian serapan yang hebat diperbuat daripada kertas pulpa yang mengandungi kuasa penyerapan yang hebat untuk menyerap segala jenis lembapan. Ia merupakan satu lapisan yang membolehkan anda kekal kering dan menghalang kebocoran. Ia tidak berubah bentuk, hancur atau bengkok. - Lapisan Bawah yang Tembus Udara
Lapisan bawah yang tembus udara menghindarkan lembapan untuk kekal kering dan segar.
Kinotakara
KINOTAKARA merupakan produk kesihatan fisioterapi yang terkini di dunia. Produk ini mencerminkan ketabahan ahli perubatan Jepun dalam usaha mereka mencari rumusan bagi membantu manusia memperolehi gaya hidup yang sihat. KINOTAKARA adalah cara semulajadi untuk memperolehi kesihatan dan dengan itu memberi harapan baru kepada mereka untuk membantu mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan.
KINOTAKARA sebaik-baiknya ditampal pada tapak kaki kerana terdapat lebih daripada 360 titik akupuntur pada tubuh badan manusia, dan lebih 60 daripadanya terletak pada tapak kaki. Mengikut teori-teori perubatan Barat dan Timur, tapak kaki mencerminkan kesihatan pelbagai organ-organ penting dan dianggap sebagai “jantung kedua” manusia. Inilah sebabnya ramai daripada kita gemar mengurut kaki untuk melegakan badan dan menggalakkan peredaran darah bagi meningkatkan kesihatan badan.
KINOTAKARA akan menyerap air yang berlebihan dan bahan buangan yang mudarat daripada badan bila ia dilekatkan pada tapak kaki, dan membantu melegakan kesakitan dan bengkak-bengkak.
Selepas menggunakan KINOTAKARA selama 6 jam, serbuk dalam KINOTAKARA akan menjadi lembab dan bertukar warna daripada putih ke warna yang lebih gelap. Bahan berwarna gelap ini adalah bahan buangan daripada badan. Warna yang semakin gelap menunjukkan kesihatan badan semakin teruk. Bila bahan-bahan buangan dikeluarkan daripada badan, maka kesakitan dan bengkak-bengkak juga akan hilang. Kesakitan akan berkurangan selepas KINOTAKARA menjadi lebih kering dan lebih pudar warnanya serta kurang basah .
KINOTAKARA menghasilkan ion-ion negatif dan berkesan untuk meneutralkan ion-ion positif. Menampal KINOTAKARA terus pada tapak kaki boleh membawa banyak faedah kesihatan, terutamanya dalam menguatkan saraf-saraf kita. Ia juga dapat melegakan ketegangan dan tekanan otot. Faedah-faedah lain ion negatif adalah termasuk :
- Menggalakkan metabolisme dan melambatkan proses penuaan
- Mengaktifkan sel, meningkatkan daya imuniti, melegakan kesakitan dan keletihan
- Menggalakkan peredaran darah
K-EnergySocks merupakan sarung kaki anti-bakteria yang membantu mengekalkan kesihatan kaki. Berikut adalah antara fungsi K-EnergySocks:
- Membantu menggalakkan peredaran darah dan mempertingkatkan konstitusi serta kekuatan tubuh manusia.
- Membantu melegakan kelumpuhan dan kekejangan otot dengan berkesan.
- Mencegah pembiakan bakteria, menghilangkan bau busuk, melegakan gatal-gatal dan detorfikasi kaki.
- Dapat menyerap peluh dengan cepat dan berkesan supaya kaki sentiasa kering dan selesa.
Menggunakan teknologi daripada Jepun, Sistem Penapisan Air 7-Star mampu untuk menapis sehingga 99.99% toksin termasuk menapis klorin, virus, sisa-sisa, logam berat dan lain-lain bahan pencemar yang merbahaya. Sistem Penapisan Air 7-Star juga boleh membantu meningkatkan kandungan oksigen dalam air, membantu mengecilkan molekul air, menyediakan khasiat diperlukan tubuh badan, meningkatkan tenaga dalam sel badan dan memperbaiki pengedaran darah dalam badan. Selain itu, sistem penapis air ini juga boleh meningkatkan kualiti air menjadikannya lebih sihat dan bersih sepertimana diperlukan tubuh badan yang rendah dengan kandungan alkali dan tinggi oksigen. Keseluruhannya, ia dapat membantu meningkatkan kesihatan anda dan keluarga anda!
7 penapis yang direka khas
Sistem Penapisan Air 7-Star mempunyai 7 penapis yang direka khas untuk membantu membersihkan air dan memperbaiki kualiti air. Dengan sistem penapisnya yang berteknologi tinggi, Sistem Penapisan Air 7-Star boleh membantu meningkatkan kandungan tenaga air, membantu molekul air menjadi lebih kecil dan menyediakan air semulajadi yang sihat untuk diminum dalam keadaan sebaik mungkin.
K-EnergyMax
Pelapik kasut ortotik K-EnergyMax membantu membaikkan jajaran kaki dan tulang pergelangan kaki ke posisi neutral serta mengembalikan fungsi kaki semulajadi. Justeru, ia akan membantu mengurangkan masalah di bahagian-bahagian badan yang lain.
Pelapik kasut ortotik K-EnergyMax ini membantu untuk menyebarkan berat badan secara rawak dan serata, mengurangkan tekanan titik-titik sakit pada tapak kaki serta menyerap tekanan yang ada pada tapak kaki.
- Menguatkan tulang belakang, lutut dan pergelangan kaki.
- Menyebarkan berat badan anda secara serata ke seluruh tapak kaki anda.
- Membetulkan pergerakan kaki dengan membetulkan ketidakrataan pada tapak kaki.
- Menyerap tekanan pada tapak kaki dalam aktiviti harian anda seperti berjalan dan bersukan.
- Mengurangkan ketegangan pada tulang belakang, lutut dan pergelangan kaki.
- Menggunakan teknologi moden iaitu Inframerah Jarak Jauh (FIR) dan Ion-ion Negatif.
Pelapik kasut ortotik K-EnergyMax direka dengan dua (2) jenis teknologi moden padanya :
- Inframerah Jarak Jauh (FIR)
- FIR merupakan satu bentuk cahaya lutsinar yang berkebolehan untuk menembus ke dalam badan untuk merangsang dan memperbaik peredaran darah.
- Ion-ion Negatif
- Menjadikan badan berasa segar dan bertenaga sepanjang masa.
- Membantu menghilangkan bau busuk kaki.
Keunikan Pakaian Pembentuk Tubuh Arang Buluh K-Perfect
Rekaan baju dalam “push up” berfungsi menumpukan dan menyokong payudara, menyelaraskan payudara dan membantu dalam merawat ketulan keras pada buah dada. Ia mendorong menggalakkan metabolisma darah dan peredaran angin pada payudara untuk memberikan efek pembesaran, fleksibel dan pemejalan.
Pengempisan perut Menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian pinggul untuk mendapatkan efek pengempisan perut serta membantu mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang, menonjolkan keunggulan dan menambahkan keyakinan anda.
Penegakan tulang belakang Revolusi yang baru, direka khas berdasarkan teori ergonomik, mengelakkan bongkok, sakit pinggang dan sakit belakang.
Menaikkan pinggul Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke dalam cawan pinggul untuk mendapatkan efek untuk menaikkan pinggul.
Pengagihan lebihan lemak Mengagihkan lebihan lemak pada bahagian paha ke arah bahagian badan yang bersesuaian dan membentuk kontur paha yang menarik. Rekaan yang selesa dan tidak ketat.
Reka bentuk khas (bukaan pada bawah seluar) Produk berteknologi tinggi berdaftar dengan paten antarabangsa untuk kemudahan semasa menggunakan tandas dan mudah dipakai.
Pakaian Pembentuk Tubuh Arang Buluh K-Perfect yang dihasilkan dengan teknologi terkini ini menggunakan buluh “Meng-zong” berusia 4 tahun sebagai bahan utama. Setelah dibakar sebanyak 2 kali dalam suhu tinggi sehingga 1,200°C, arang buluh akan memantulkan tenaga inframerah jarak jauh. Batu-batu mineral semulajadi ditambah dan campuran ini diasah menjadi serbuk halus berteknologi nano. Kemudian, bahan-bahan ini dicampurkan dengan serat. Ini dapat menghasilkan serat arang buluh yang berion yang memberikan manfaat kepada kesihatan.
Kebaikan kain arang buluh ini adalah :
- Anti-bakteria
- Menghilangkan bau
- Membekalkan pengudaraan yang baik
- Kadar penyerapan kelembapan yang tinggi
- Melepaskan tenaga inframerah jarak jauh
- Membekalkan ion-ion negatif
Sesuai untuk :
- W anita yang mengalami kegemukan badan , mempunyai perut buncit dan ber sai z pinggang besar .
- W anita yang mengalami senggugut dan ber ukuran badan yang tidak s ekata.
- W anita yang menghadapi masalah perut ter lentur ke bawah, rahim dingin dan gast r opto s is .
- W anita yang mudah berasa letih dan sentiasa sakit pinggang dan tulang belakang .
- W anita yang berbadan lemah .
- W anita yang mengalami payudara dan pinggul yang mengembang serta bonggol .
- W anita selepas bersalin.
- W anita yang men galam i pengedaran darah yang kurang baik .
- W anita yang sentiasa berangin dalam perut dan bengkak air serta mengalami masalah ketidakseimbangan hormon.
- Wanita yang mengalami sakit-sakit sendi dan masalah tulang belakang.
- Remaja perempuan yang baru mengalami perubahan rangka tulang semasa melalui akhil baligh.
* Diiktiraf sebagai Produk Berteknologi Tinggi Berdaftar dengan Paten Antarabangsa.
* Memiliki Sijil Pengiktirafan daripada Pertubuhan Kiropraktik dari negara Perancis, Kanada dan Amerika Syarikat.
* Memiliki Sijil Pengiktirafan daripada Pertubuhan Kiropraktik dari negara Perancis, Kanada dan Amerika Syarikat.
K-eWrist Band
Ion-ion negatif
Ia membantu meneutralkan ion-ion positif dalam badan yang menyebabkan kesakitan dan keletihan. Ia juga membantu mengurangkan kepekatan darah dengan mengasingkan gumpalan sel darah merah untuk meningkatkan bekalan oksigen, mengurangkan stres dan melegakan ketegangan dan keresahan. Ia membantu menstabilkan sistem saraf autonomik dengan menyeimbangkan aktiviti saraf simpatetik dan parasimpatetik.
Sinar inframerah jauh
Ia membekalkan “kesan resonans” kepada badan untuk menguatkan metabolisma badan & mempertingkatkan pengedaran darah.
K-eMattress Protector
Tidur yang berkualiti datang hanya apabila anda mendapat tidur yang nyenyak. Seluruh badan anda melepaskan lelah manakala anda bernafas perlahan-lahan, serebrum anda mula membenam ke tahap rehat yang mendalam. Apabila anda bangun, keletihan anda melesap begitu sahaja dan anda berasa begitu segar dan aktif!
- Mempertingkatkan kualiti tidur
- Memperbaik metabolisma badan
- Melegakan tekanan fizikal dan mental
- Menguatkan sistem pertahanan
Apakah itu Sinar Inframerah Jauh?
Ahli saintis mengesahkan bahawa Sinar Inframerah Jauh dari gelombang cahaya matahari merupakan faktor yang penting kepada semua biologi hidup di dunia ini. Oleh itu, kita menamakan gelombang Sinar Inframerah Jauh ini sebagai “ Cahaya Kehidupan”. Sinaran gelombang panjang ini berdekatan dengan sinaran dari manusia, ia berf ungsi pengaktifan serta gegaran molekul air yang berkesan dalam sel badan biologi. Selain itu, ia mengandungi fungsi penyerapan yang baik dan menggalakkan pertumbuhan haiwan dan tumbuhan.
Kebaikan Sinar Inframerah Jauh dari K-AuraBeads kepada badan manusia- Menggalakkan pengedaran darah
- Mempertingkatkan daya pertahanan
- Mengaktifkan sel dan meningkatkan kandungan oksigen
- Menguatkan metabolisma sel
Apakah itu Moor?
Ekstrak ‘moor’ terdiri daripada bencah tulen yang jarang dijumpai berusia 12,000 tahun dan terbentuk dalam jangka masa yang panjang. Ia mengandungi asid humik yang merupakan ramuan penting iaitu sejenis campuran kompaun organik berasaskan tumbuhan dan kaya dengan nutrien yang bermanfaat kepada kulit kita. Molekulnya meresap ke dalam lapisan kulit dengan mudah dan mengaktifkan kulit untuk membina sel yang baru.
Kebaikan utama K-MooracleSoap :
1) Anti oksidan - Membantu melambatkan penuaan kulit yang cepat dan melindungi kulit daripada radikal bebas
2) Anti radang - Mengurangkan kemerahan dan keradangan serta membantu mengekalkan kecantikan kulit
3) Regenerasi sel kulit - Menggalakkan regenerasi sel kulit secara aktif supaya kulit kelihatan berseri-seri
4) Membaiki kulit yang rosak - Membantu memperbaik kulit yang rosak
5) Bersifat astringen - Membersih secara mendalam liang-liang kulit supaya bebas daripada jerawat dan bertindak sebagai astringen untuk mengeton kulit supaya lebih bersih dan bermaya
*Produk ini tidak diuji pada haiwan dan tidak mengandungi kandungan haiwan.
K-Clean Water V2
Permukaan struktur Micro Z Media mempunyai penjanaan mineral mikroskopik yang membantu mengasingkan bendasing ke dasar penapis. Ia membantu menyingkirkan partikel kecil (sehalus < 5 mikron) dalam air. Lantas, memerangkap mendakan halus pada permukaan Pasir Silikon dan juga membantu menjimatkan air semasa ‘backwash’ kerana masa yang diperlukan lebih pendek dan halaju lebih tinggi berbanding penapis medium tunggal yang lain.
Kebaikan K-CleanWater V2 :- Tiada Masalah Tersumbat
Ia boleh berada dalam sistem “full flow” atau “kidney loop”.( tersedia sistem penapis “backwash”). - Kos Operasi Yang Rendah
Kos penjagaan yang rendah dan kaedah operasi yang mudah, tidak perlu pertukaran kartrij. - Penapisan Pelbagai Peringkat
Menapis keluar mendapan sekecil 10 mikron dalam air. - Pasir Berkualiti Tinggi
Yang import dari Amerika Syarikat , Australia , terutamanya pasir dari Zoelit kerana keupayaan menapis bahan kotoran. - Anti-karat
Anti-karat , bekas diperbuat daripada kaca gentian yang tahan lama, jaminan daripada pengilangAmerika Syarikat selama 10 tahun. - Tekanan Air Yang Tidah Terpengaruh
- Mesra Pengguna
3 langkah mudah untuk menjaga penapis. - Kehidupan Yang Sihat
Baik untuk kulit sensitif. - Kebaikan Penapisan Sehingga 5 Tahun
Kebaikan sistem penapisan dekekalkan selama 5 tahun
K-Perfect Classic direka khas dengan 3 helai pakaian dalam pembentuk tubuh – Bra Klasik, Bengkung Klasick dan Celana Klasik membantu memulihkan bentuk badan yang tidak seimbang. K-Perfect Classic menampilkan keanggunan klasik wanita.
Rekaan Khas Set 3-Helaian K-Perfect ClassicBra Klasik
- Dilengkapi dengan manik bertenaga magnetik yang membantu mengurut bahagian payudara secara lembut untuk merangsang pengaliran bendalir badan dan mengaktifkan sel.
- Rekaan dan pemotongan baru untuk menampilkan keanggunan klasik wanita.
- Tali bra yang fleksibel dan mudah dilaraskan, sesuai dipakai oleh semua jenis bentuk badan.
- Aplikasi prinsip pergerakan asas membantu mengalihkan lemak berlebihan di bahagian belakang pada kedua-dua sisi ke bahagian payudara supaya kelihatan lebih pejal dan semula jadi, mengelakkan pengenduran dan masalah pengalihan tisu lemak ke arah luar.
- Rekaan tanpa cawan bra dan pemotongan khas menggantikan dawai besi membantu menyokong bahagian payudara supaya lemak terkumpul dan ditolak ke tengah dan mencapai efek ‘push up’.
- Rekaan 10 dawai keluli memori yang membantu membaiki postur badan serta mengurangkan masalah kebongkokan demi bentuk badan yang menarik.
- Sokongan tekanan berbentuk ‘X’ pada bahagian belakang membantu menghindari bentuk tulang belakang berubah.
- Pemotongan 3D dengan empat peringkat tekanan iaitu tanpa tekanan, tekanan lemah, tekanan sederhana dan tekanan kuat yang menolak bentuk pinggul ke arah atas demi mencapai kesan menegangkan pinggul.
- Bahagian tengah hadapan yang memberikan sokongan tekanan berganda membantu mengalihkan lemak ke bahagian pinggul demi kesan pengempisan perut.
- Rekaan dan pemotongan berbentuk poket pada bahagian belakang menutup keseluruhan bahagian pinggul, meningkatkan and menyokong bentuk pinggul.
- Bahagian sisi paha yang memberikan sokongan tekanan berganda membantu membentuk potongan kaki yang cantik.
- Jahitan renda dan rekaan bercorak ombak yang fleksibel memberikan keselesaan sempurna.
K-AuraPendant bermanfaat kepada keseluruhan kesihatan badan. Ia membantu dalam :
- Menyihatkan sel badan
- Meningkatkan tenaga dan kecergasan
- Menggalakkan pengedaran darah
- Menguatkan sistem pertahanan dan endokrin
- Mempertingkatkan penyerapan nutrisi
- Memperbaik proses penyingkiran bahan buangan
- Melambatkan proses penuaan
- Menambahkan tumpuan dan konsentrasi minda
K-Plak Keharmonian diperkayakan dengan ion-ion negatif dan sinaran inframerah jarak jauh yang dibebaskan dengan frekuensi gelombang yang membantu meningkatkan ketenangan minda. Gelombang otak yang dihasilkan dalam komunikasi sesama manusia dibaiki ke tahap yang optima lantas mewujudkan persekitaran dan perhubungan yang aman dan harmoni.
Kebaikan K-Plak Keharmonian :
- Menyelaraskan keadaan yang harmoni dalam sesebuah keluarga atau kumpulan
- Frekuensi gelombang yang dilepaskan oleh ion-ion negatif dan sinaran inframerah jarak jauh bermanfaat kepada kesihatan manusia
- Meningkatkan tenaga positif dalam keluarga atau kumpulan
- Mempertingkatkan penghantaran kuasa minda demi komunikasi yang lebih efektif
- Menguatkan bioelektromagnet dalam badan serta membantu meminimakan gelombang magnetik yang mengganggu kesihatan
K-769 Energy Booster adalah hasil rekaan klasik gabungan ilmu sains alam sekitar dengan pemahaman feng shui lima unsur iaitu satu konsep terkemuka dari timur serta teori estetik dari barat. Ia berfungsi menyeimbangkan peredaran elektromagnet dalam tubuh badan, merangsang sistem hormon dan menggalakkan perembesan hormon-hormon baik yang membantu mewujudkan potensi anda dan tenaga positif yang tidak terbatas.
Kebaikan K-769 Energy Booster :
- Menggalakkan pengedaran darah dalam badan
- Mempercepatkan metabolisma sistem badan
- Meningkatkan penyerapan nutrisi serta proses penyahtoksinan
- Memperbaik sistem pertahanan dan hormon
- Mempertingkatkan tenaga dan mengurangkan radikal bebas
- Membantu melambatkan proses penuaan
- Menguatkan bioelektromagnet dalam badan serta membantu meminimakan gelombang magnetik negatif yang mengganggu kesihatan
- Memberikan daya penumpuan yang lebih tinggi dan fokus
UNTUK KANAK-KANAK
Hitam (HC075 – CHBL)
|
UNTUK DEWASA
Hitam (HC075 – ADBL)
Biru (HC075 – ADBU)
Merah (HC075 – ADRD)
Kuning Air (HC075 – ADBG)
|
Setiap hari, kita banyak bergantung pada komputer, komputer riba, televisyen, telefon pintar, komputer tablet dan sebagainya, di pejabat dan di rumah untuk tujuan kerja dan rekreasi. Sebenarnya, sinaran yang dibebaskan dari alat-alat elektrik ini boleh merosakkan mata kita, bukan saja melemahkan penglihatan tetapi juga mengakibatkan pelbagai masalah penglihatan. Masalah-masalah penglihatan yang biasa dialami oleh orang ramai termasuk astigmatisma, katarak, glaukoma, rabun jauh, rabun dekat, floaters, mata kering dan banyak lagi.
Kita tahu kepentingan untuk menjaga mata kita, tetapi mengorbankan kualiti hidup hanya untuk melindungi mata kita memanglah sukar. Memperkenalkan penyelesaian yang mudah dan berkesan : K-IonSpec
Cara fungsinya
K-IonSpec diperbuat daripada bahan khas dan teknologi nano yang membebaskan Sinaran Inframerah dan Anion yang mampu mendorong pengedaran darah dan metabolisme di sekitar mata, lalu bantu mencegah dan memperbaik masalah-masalah penglihatan umum. Ia juga bantu menyegarkan mata dan melegakan keletihan dengan meningkatkan bekalan oksigen di bahagian mata.
Cadangan:Pakai K-IonSpec selama 8-10 jam sehari untuk hasil terbaik.
U Fresh
Kebersihan bahagian feminin adalah sama penting dengan kebersihan diri. Ia amat diperlukan demi mencapai kesihatan reproduktif wanita. Jika kebersihan bahagian feminin tidak dijaga dengan baik, masalah-masalah seperti bau yang kurang menyenangkan, gatal, keputihan berlebihan atau isu ginekologi yang lebih serius akan berlaku, lalu menjejaskan kehidupan harian serta kesihatan wanita. Namun begitu, memilih pembersih wanita yang sesuai juga amat penting. Sabun dengan wangian atau pembersih wanita dengan rumusan kimia boleh merosakkan keseimbangan pH vagina yang sensitif serta menyingkirkan bakteria baik pada bahagian tersebut. Memperkenalkan U-Fresh, pembersih wanita dengan rumusan herba yang bukan saja bantu menjaga kebersihan dan kesegaran bahagian peribadi wanita, tetapi juga bantu melegakan ketidakselesaan yang biasa dialami pada bahagian vagina atau semasa datang haid.
Mengapakah U-Fresh begitu istimewa?
- Diperbuat daripada ekstrak Manjakani, Daun Sirih, Pueraria Mirifica, Kacip Fatimah dan bawang putih
- Dihasilkan mengikut pH ideal vagina
- Formulasi semula jadi dan selamat digunakan
- Tidak akan menyebabkan rasa pedih atau kerengsaan
Yoropen
Yoropen menandakan kasih sayang, prihatin dan tanggungjawab kepada anak-anak dalam sekeluarga. Ia direka khas oleh seorang bapa dari Taiwan, Encik Liu Bao-Shen, untuk sepasang anak kembarnya yang menghidapi penyakit kelumpuhan otak, supaya menggiatkan minat mereka untuk belajar secara inisiatif.
Penyelidikan dari Jepun mendapati bahawa lebih dari 80% kanak-kanak di seluruh dunia memegang pena dengan cara yang tidak betul. Jika kanak-kanak mengamalkan postur penulisan yang salah dalam jangka masa panjang, ia akan menjejaskan penglihatan, kesihatan dan pembelajaran mereka.
No comments:
Post a Comment