MyPDB

Views

Produk - Makanan Kesihatan - MyPDB

Badan kita mampu menyingkir toksin dengan sendiri, iaitu melalui satu mekanisme kompleks dan menyeluruh yang terdiri daripada organ dan sistem dalaman. Tetapi disebabkan oleh jumlah dan kepelbagaian bahan kimia yang kita menyerap setiap hari, pengambilan herba semula jadi adalah disyorkan bagi membantu badan kita menyingkir toksin.

Secara lazim, herba-herba ini bertindak menguatkan organ dan sistem dalaman, kerana sistem biologi yang sihat dan berfungsi dengan normal adalah sangat penting bagi memastikan proses detoksifikasi dijalankan dengan efisien. Selain itu, minum lebih banyak air semasa melakukan detoksifikasi juga penting bagi mengelakkan penyahhidratan serta mendorong penyingkiran toksin yang efektif.

MyPDB ialah satu rumusan herba tropika yang bukan saja mendorong detoksifikasi secara semula jadi, ia juga memberi beberapa manfaat potensi seperti:-
  • Menyelaraskan sistem gastrousus
  • Melancarkan sistem peredaran
  • Mencergaskan laluan meridian
  • Menyingkir kepanasan berlebihan dalam organ
  • Melegakan masalah sembelit
  • Mendorong kecergasan dan kesihatan am

No comments:

Post a Comment